BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

20 Oktober 2010

Cerkon (Cerita Kontot) Karl XY

Maka tersebutlah sebuah kisah seorang manusia yang bernama Karl. Dia seorang yg pemalu, namun, dia juga seorang yg peramah. Karl merupakan pelajar di Universiti Malaya, ataupun singkatannya UM. Karl belajar dalam bidang Pendidikan Jasmani. Cerita bermula pada cuti seminggu yang diberikan oleh pihak universiti akibat virus H1N1 yg melanda universiti Karl. Ketika dia sedang melayari laman sosial "Mukabuku", maka dia ter'add' lah seorang wanita yg bernama Lily. Lily merupakan pelajar dalam universiti yg sama dan mengambil kursus Kejururawatan.

Maka, Karl dan Lily pon mulalah berchating dalam laman sosial "Mukabuku" tersebut.

Karl: Salam
Lily: W'slm
Karl: Awk kenal saya?
Lily: Kenal, tp, kita x penah tegur pon sblum ni kan?
Karl: a'ah, cume jumpe2 cmtu je...kt cafe, or lain2 tempat.

Begitulah perkenalan Karl dan Lily, semakin hari semakin kerap berchating dlm "Mukabuku" mahupun dlm "Sekype". Namun, Karl tidak menunggu lama untuk meminta nombor telefon Lily. Karl merasakan bahawa dia ada harapan untuk memikat hati Lily. Jadi Karl pon memulakan langkahnya untuk meminta nombor telefon daripada Lily.


Karl: Lily, nk no fon boleh?
Lily: Nk wt ape?
Karl: Manelah tau, kot2 ade hal penting, senang saya nk hubungi awk.
Lily: Erm, nanti2lah k.
Karl: ok

Lily tidak mudah untuk memberikan nombor telefonnya kepada Karl. Bukan kerana si Lily ni tak percaya kepada Karl, tapi dia saje nak menguji kesabaran si Karl ni. Semasa berchating tulah, si Lily ni menyelitkan nombor-nombor telefonnya bersama.

Karl: Awk wt pe tu?
Lily: Sy tgh 0nline je.
Karl: oh... awk da mkn?
Lily: dh, tp rase lapo 1g.


Dan begitulah seterusnya, sehinggalah nombor telefon yang diselit-selitkan tersebut selesai ditulis oleh Lily. Sangkaan Lily, Karl tidak sedar akan kehadiran nombor-nombor tersebut. Namun, ternyata sangkaannya meleset. Karl sedar akan kehadiran nombor tersebut, dan terus memasukkan nombor telefon Lily ke dalam telefon bimbitnya.

Karl terus "miskol" Lily setelah dapat nombor telefon sebentar tadi dan memberitahu Lily bahawa yg membuat "miskol" tadi adalah dirinya. Jadi, Karl dan Lily seringlah berhubung melalui telefon, sama ada mesej ataupun telefon. Jika ada kelapangan, maka Karl akan menghubungi Lily, dan begitulah sebaliknya. Karl meluahkan isi hatinya kepada Lily, yg dia telah mula menyayangi Lily. Tetapi, Lily tidak memberikan jawapan.


*********************


Setelah cuti seminggu tersebut tamat, Karl telah dihantar oleh pihak universiti untuk menjalani praktikal. Semasa praktikal tersebut, Karl telah mengenali Kate yang menyertai program yg sama, tetapi daripada universiti yg berbeza. Perkenalan mereka bermula apabila Karl yg pemalu ini, meminta nombor telefon Kate daripada rakan perempuannya.

Setelah hari gelap, Karl cuba untuk menelefon Kate. Pada mulanya, Kate tidak tahu siapa yg menelefonnya, namun, setelah Karl memberitahu tempat tinggalnya, barulah si Kate ni tahu bahawa si Karl yang menelefonnya.

Maka, berjiwang karatlah di hati Karl kepada Kate apabila dia selalu menghubungi Kate. Siang malam asyik dengan Kate. Karl mungkin telah terlupa pada Lily, perempuan yg diminatinya dalam "Mukabuku" pada waktu cuti seminggu H1n1 itu.

Namun, Kate hanya mengganggap Karl sebagai kawan biasa. Dia tidak pernah memberitahu yg dia telah jatuh hati kepada Alif, rakan seUniversiti Karl yg dikenalinya semasa praktikal. Setelah tamat praktikal, Karl dan Kate sering berhubung. Dalam diam-diam, Karl menyimpan perasaan terhadap Kate.

Pada suatu malam yang tak seberapa hening, Karl menelefon Kate dan meluahkan isi hatinya. Tetapi, tiada jawapan. "Mungkin dia belum bersedia," kata si Karl.

Karl menjalani kehidupan seperti biasa di universitinya. Dia ke kelas, cafe dan pulang ke asrama seperti hari-hari biasa. Kadang-kadang Karl ada terserempak dengan Lily, namun tidak diendahkan oleh Karl yang mengharapkan 'cinta' Kate.

Pada keesokan harinya, rakan sekelas Karl, Fina memanggilnya untuk berjumpa di cafe. Rupa-rupanya, perjumpaan tersebut telah membuatkan hati Karl remuk sama sekali. Fina memberitahu Karl yg Kate telah menerima Alif sebagai teman lelakinya. Hati Karl hancur bagai dipijak oleh gergasi gemuk seberat 60 tan! Namun, Karl menerima hakikat tersebut dengan redha. Dia sedar kesilapannya. Walaupun dia telah meluahkan perasaan kepada Lily, namun dia tetap mencari yg lain. "Nasib kau lah Karl!" jerit hatinya.

Karl meneruskan kehidupannya seperti biasa. Kadang kala terfikir juga di hatinya bagaimana dengan keadaan Lily sekarang.


Sebenarnya, dalam diam-diam Lily menyimpan perasaan kepada Karl. Namun, hatinya sudah hancur kerana tidak dipedulikan sekian lama. Lily faham apa maksudnya apabila diperlakukan sebegitu. "Mungkin dia ada yg lain." kata si Lily.


***********

Pada tanggal 29 Jun, tibalah hari yg ditunggu-tunggu oleh Karl iaitu ulangtahun kelahirannya. Apabila tiba hari lahir, maka dapatlah si Karl ni "call free", jadi, Karl mengambil keputusan untuk menelefon Lily yg sekian lama tidak dihubungi.

"Hello, awak apa khabar?"

"Khabar baik, alhamdulillah"

Mereka bercakap seperti tiada apa-apa yg berlaku antara mereka. Sehinggalah pada satu hari, Karl menanyakan soalan kepada Lily.

"Awak, dulu saya pernah ckp yg saya suka kat awak kan? Awak suka kat saya?"

"Tu cerita lama lah. X yah la ungkit, saya da lupekan semua tu."

"Tp, dulu awk x jwp bile sy ckp sy suka kan awk"

"Awk, saye dh ckp saye sukakan awk gak malam tu, tapi awk buat dono je"

"Eh? ye ke awk?" tanye Karl terkial-kial.


Perbualan pada malam tersebut berakhir dengan penuh tanda tanya di hati Karl."Betulkah Lily pernah bertahu aku yg dia sukakan aku?" tanya hati Karl.

Sekarang Karl dan Lily saling berhubung dengan telefon bimbit. Mesej mahupun "call". Tetapi, Lily tidak mahu mengambil risiko untuk jatuh cinta lagi pada Karl. Dia serik dgn perbuatan Karl tersebut. Namun, Karl masih tetap menunggu Lily. Jauh di sudut hatinya, barulah Karl sedar yang dia telah melakukan kesilapan yang sangat besar. Dia sangat menyayangi Lily. Dia menyesal dengan perbuatannya yang lalu. Dia berjanji pada pada Lily akan terus menunggu selagi dirinya terdaya. Namun, Lily hanya menganggap Karl sebagai kawan biasa.

20 September 2010

Aspek-aspek sosial yang dianggap sebagai iklim sekolah dalam alam belajar kanak-kanak & Aspek-aspek perbezaan individu

1.0 Aspek-aspek sosial yang dianggap sebagai iklim sekolah dalam alam belajar kanak-kanak.

1.1 Pendahuluan

Halpin dan Croft (1963) yang merupakan perintis dalam kajian iklim sekolah menyatakan bahawa iklim sekolah menggambarkan personaliti seseorang individu sendiri dan bagaimana guru tersebut berusaha untuk mencapai organisasi iklim sekolah berkenaan. Menurut Howard (1974), iklim sekolah merupakan sebagai keadaan sosial dan budaya sekolah itu yang mempengaruhi tingkah laku orang yang di dalamnya. Pusat Perkembangan Kurikulum (1981) mendefinisikan iklim sekolah sebagai suasana sekolah yang baik di mana kawasan persekitarannya dirasakan selesa, tenteram, mesra, riang dengan pembelajaran yang lancar. Pendek kata, iklim sekolah ini dapat ditakrifkan sebagai cara individu di dalam sekolah, tidak kira daripada guru besar hinggalah ke murid untuk mencapai suasana sekolah yang kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

1.2 Keluarga mesra dengan penuh kasih sayang

Aspek sosial yang dianggap sebagai iklim sekolah dalam alam belajar kanak-kanak yang pertama ialah bermula dari rumah. Kanak-kanak perlu diberi kasih sayang dari rumah lagi agar pembelajaran dalam bilik darjah tidak terganggu oleh masalah di rumah. Contohnya, keruntuhan institusi kekeluargaan ataupun penceraian ibu bapa akan mengganggu emosi kanak-kanak untuk menjalani pembelajaran dalam kelas. Apabila kanak-kanak tidak mendapat kasih sayang dari ibu bapa dengan cukup, mereka bukan sahaja tidak dapat menjalani pembelajaran dengan baik, bahkan mereka juga berkemungkinan melakukan masalah disiplin di sekolah dan menyebabkan iklim sekolah itu sendiri tergugat. Namun, apabila kasih sayang yang diberikan daripada keluarga cukup, mereka akan lebih bersemangat untuk belajar kerana tiada sebarang gangguan emosi ataupun tekanan untuk mereka. Jadi, aspek keluarga merupakan salah satu aspek sosial yang penting untuk memastikan iklim sekolah tidak dicemari oleh sebarang anasir buruk iaitu masalah disiplin dalam kalangan kanak-kanak.

1.3 Persekitaran sekolah selamat

Aspek seterusnya ialah persekitaran sekolah yang selamat. Persekitaran sekolah selamat akan menentukan sama ada pembelajaran di sekolah dapat berjalan dengan lancar mahupun tidak. Menurut Fathiah (2005), suasana sekolah yang mencerminkan ciri keislaman yang sebenar, boleh menyediakan persekitaran harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan aktiviti pendidikan yang membawa kepada kejayaan sahsiah dan pencapaian murid-murid. Mengikut pandangan Rosnani (1998) pula, pihak pengurusan sekolah hendaklah berusaha mewujudkan budaya sekolah yang menghidupkan nilai-nilai akidah dan berakhlak supaya murid-murid merasa selamat, sentiasa ingin berbakti dan berusaha untuk maju dalam pelajaran berdasarkan dorongan yang lebih tinggi, iaitu mencari keredhaan Allah S.W.T dan bukan sekadar menggembirakan warga sekolah, ibu bapa dan guru. Sesungguhnya, jika setiap warga sekolah iaitu daripada guru besar, guru, kakitangan sokongan, sehingga murid-murid menghayati nilai akhlak ini, pasti wujud persekitaran sekolah yang selamat.

1.4 Iklim bilik darjah sihat

Selain itu, aspek yang menyebabkan iklim sekolah harmonis ialah iklim bilik darjah yang sihat. Guru mestilah memastikan hubungan antara murid dengan murid dan hubungan guru dengan murid sentiasa dalam keadaan baik untuk melahirkan iklim sekolah yang harmonis. Menurut Mahi Din (1998) dengan timbulnya suasana harmonis dalam hubungan manusia dengan Allah dan hubungan manusia sesama manusia berasaskan ajaran tauhid, manusia akan dapat memahami hakikat budaya ilmu dengan baik dan dapat mengekalkan identiti dan fungsi sebenar, iaitu ilmu sebagai alat yang dapat membawa kepada kebenaran. Justeru, sekiranya guru dapat memastikan iklim bilik darjah dalam keadaan yang baik, maka murid-murid akan dapat menjalani pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna dan dapat memastikan keharmonian iklim sekolah. Selain itu, guru mestilah memastikan kelas dalam keadaan yang baik bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan selesa dalam suasana kondusif. Guru boleh meminta murid untuk membersihkan kelas. Selain menjadikan kelas bersih, guru juga dapat membina hubungan baik sesama murid dan menerapkan sifat kerjasama dalam kalangan murid. Sekiranya guru dapat memainkan peranan ini, maka tidak timbul lagi masalah kepada murid menjalani pengajaran dan pembelajaran dalam keadaan yang selesa.

1.5 Keperluan fisiologi dan psikologi dipenuhi

Seterusnya, aspek sosial yang dianggap sebagai iklim sekolah ialah keperluan fisiologi dan psikologi pelajar. Sebagai seorang guru, kita hendaklah memahami apa yang diinginkan oleh pelajar agar mereka dapat menjalani pembelajaran dengan sempurna. Sebagai contoh, guru mestilah banyak melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pembelajaran kepada pelajar, ataupun dengan istilah mudah, pengajaran berpusatkan murid. Sudah menjadi lumrah kanak-kanak sangat suka untuk bermain. Jadi, guru mestilah bijak untuk mencipta permainan dalam pembelajaran agar keperluan fisiologi dan psikologi murid tersebut dapat dicapai.


1.6 Hubungan interpersonal

Aspek seterusnya ialah hubungan interpersonal. Hubungan interpersonal antara pentadbir sekolah dengan guru dan murid amat penting bagi menjamin keharmonian sekolah. Setiap organisasi ingin matlamatnya tercapai. Ini tidak akan berlaku sekiranya hubungan antara pentadbir sekolah dengan guru dan murid sering bermasalah, menyebabkan guru dan murid tidak dapat menerima kehadiran pentadbir sekolah dan sering bertingkah laku yang boleh merugikan organisasi sekolah tersebut. Guru besar mestilah mengamalkan komunikasi terbuka dengan guru dan murid. Sikap guru besar yang mudah bergaul akan memudahkan setiap warga sekolah berani untuk berbincang apa jua masalah. Kewujudan hubungan sebegini akan mengurangkan rasa tekanan dan akan membantu meningkatkan motivasi.

1.6 Penutup

Kesimpulannya, iklim sekolah akan mewujudkan suasana yang pembelajaran yang bermotivasi dan seterusnya membantu murid memperoleh pencapaian yang lebih baik dan guru-guru lebih puas untuk bekerja. Menurut Ibrahim (1993:78) menegaskan bahawa iklim yang positif sangat perlu wujud di sesebuah sekolah. Sekiranya iklim sekolah baik, maka guru dan murid lebih bermotivasi dan pada masa yang sama, aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan baik. Aspek-aspek sosial seperti yang telah dijelaskan di atas akan memastikan iklim sekolah yang baik.







2.0 Aspek-aspek perbezaan individu beserta contoh-contoh yang relevan.

2.1 Pendahuluan

Setiap manusia itu unik dengan perbezaan setiap individu. Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat dan bentuk tubuh badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan; dan tahap tenaga dan ciri-ciri personaliti serta reaksi emosi. Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaan, etnik, budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat. Berdasarkan pendapat-pendapat berikut, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek perbezaan individu adalah seperti jantina, fizikal, emosi, personaliti, bahasa dan bangsa, kesihatan, kecerdasan, gaya kognitif dan gaya belajar.

Menurut Mok Soon Sang (2001), perbezaan individu dimaksudkan sebagai ketidaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan sosial dalam kalangan individu. Beliau juga memetik dari Dictionary of Psychology (1973), perbezaan individu dihuraikan sebagai variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulan, sama ada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial, bakat dan lain-lain aspek yang mungkin terdapat dalam kalangan individu dalam sesuatu kumpulan.

2.2 Aspek jantina

Aspek perbezaan individu yang pertama ialah jantina. Masyarakat di asia menganggap kanak-kanak lelaki mestilah berani kerana mereka akan menjadi ketua keluarga pada suatu hari nanti. Mereka juga diletakkan harapan yang tinggi dalam keluarga. Di sekolah, kanak-kanak lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala kanak-kanak perempuan pula lebih rajin, berdisiplin dan berjaya dalam pelajaran. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial kanak-kanak lelaki lebih lambat berbanding kanak-kanak perempuan sebelum akil baligh, namun selepas akil baligh, perkembangan mereka hampir sama. Menurut Maccoby dan Jacklin (1974), kecerdasan lisan murid perempuan lebih baik daripada lelaki, manakala murid lelaki lebih kepada kecerdasan ruang. Jadi, perbezaan individu ini dapat dilihat menerusi jantina mereka kerana kanak-kanak perempuan biasanya mempunyai kebolehan mendengar dan bertutur lebih baik berbanding dengan kanak-kanak lelaki.

2.3 Aspek fizikal

Aspek perbezaan individu yang seterusnya ialah fizikal. Sheldon (1942) mengkategorikan temperamen kepada tiga bahagian iaitu endomorf, mesomorf, dan ektomorf. Kanak-kanak endomorf ini lebih suka bergaul dan relaks. Mereka juga mementingkan diri sendiri tetapi mudah diserang tekanan perasaan. Manakala kanak-kanak mesomorf pula bersifat asertif, agresif, dan bertenaga. Kanak-kanak ini juga amat suka bersukan. Seterusnya, kanak-kanak ektomorf pula bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia. Contohnya, Loh Beng mempunyai ciri fizikal endomorf iaitu bertubuh bulat. Manakala, Selvanikam pula mempunyai fizikal yang kurus dan tinggi, jadi dia mempunyai ciri fizikal ektomorf. Seterusnya, Firdaus pula mempunyai tubuh badan otot yang kuat dan minat bersukan, jadi dia mempunyai ciri fizikal Mesomorf.

2.4 Aspek kognitif

Individu juga mempunyai perbezaan dari segi kebolehan kognitif, iaitu kebolehan menaakul, berfikir logik, berbahasa, mengira dan berimaginasi. Ia dapat dibuktikan dengan ujian kecerdasan bernama Stanford-Binet Intelligence Test yang telah dilakukan oleh Alfred Binet dan Theodore Simon. Kemudian Lewis Terman (1916) telah mengubah suai alat ujian Binet dan memperkenalkan ujian Intelligence Quotient (IQ). Ahli-ahli psikologi juga tidak bersetuju dengan pendapat yang mengatakan bahawa kecerdasan adalah sama dengan kreativiti, kerana ia merupakan dua elemen yang berbeza. Sebagai contoh, Loh Beng merupakan murid yang bijak dalam matematik, namun dia seorang yang kurang berkebolehan untuk berbahasa. Firdaus pula seorang murid yang berkebolehan untuk bercakap, namun dia kurang mahir untuk mengira. Seterusnya, Selvanikam pula, seorang yang berkebolehan dalam berimaginasi. Dia berbakat dalam seni lukis dan mewarna, namun dia kurang mahir dalam pengiraan dan berbahasa.

2.5 Aspek personaliti

Selain itu, perbezaan individu yang seterusnya ialah personaliti. Personaliti melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang, iaitu dari segi gaya bercakap, tingkah laku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja. Carl Jung (1923) telah membahagikan personaliti kepada tiga, iaitu ekstrovert, introvert dan ambivert. Contohnya, Firdaus bersifat ekstrovert, dia suka kepada pergaulan, memberi perhatian dan bercampur dengan orang lain. Dia juga tidak mudah risau, peramah, tidak mudah malu, mudah menyesuaikan diri, suka bersosial, mesra, dan gemarkan aktiviti luar. Berbanding dengan Loh Beng yang bersikap introvert, dia lebih menumpukan kepada aspek dalaman. Dia mempamerkan sikap pasif, pemalu, sensitif, gemar berseorangan, cermat, reflektif dan sentiasa berfikir sebelum melakukan kerja serta boleh dipercayai dan bersedia menanggung risiko. Loh Beng juga tidak mudah marah tetapi, jika dia marah, perasaan marah itu akan berpanjangan. Manakala, Silvanikam pula mempunyai ciri-ciri daripada kedua-dua jenis personaliti iaitu ekstrovert dan introvert, yang dikenali sebagai personaliti ambivet.

2.6 Aspek kesihatan

Kesihatan juga merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam perbezaan individu. Sebahagian besar murid dalam kelas terdiri daripada murid yang sihat, riang, cerdas dan normal. Namun pelajar yang tidak sihat pula adalah murid yang lemah dalam pengajaran dan pembelajaran dan aktiviti luar bilik darjah. Terdapat juga murid yang tidak sihat dan berpenyakit. Sebagai contoh, Firdaus dan Loh Beng merupakan pelajar yang sihat, aktif, riang dan cerdas. Mereka selalu mengambil bahagian dalam aktiviti di dalam mahupun luar kelas. Namun, Selvanikam mempunyai penyakit asma. Dia tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti luar kelas dengan aktif. Jadi, perbezaan seseorang individu dapat dilihat menerusi tahap kesihatan mereka.

2.7 Penutup

Kesimpulannya, setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain. Aspek-aspek perbezaan individu seperti jantina, fizikal, kebolehan kognitif, personaliti dan kesihatan telah membuktikan kepada kita bahawasanya setiap manusia itu unik dengan perbezaan yang telah dikurniakan oleh Allah S.W.T.


3.0 Rujukan

Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2009), ”Perkembangan Kanak-Kanak”. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Halpin, A.W. dan Croft, D.B. (1963), “The Organizational Climate of School”. Chicago: Midwest Administration Centre, University of Chicago

Ibrahim Mamat (1993), “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis”. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1981), ”Kurikulum Baru Sekolah Rendah: Matlamat, Rasional, Bidang Pelajaran dan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran”. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009), ”Murid dan Alam Belajar”. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Kulanz Salleh, 2010. ”Perbezaan Individu” http://kulanzsalleh.com/perbezaan- individu/ Accesed on 10 Ogos 2010.

Ishak Mad Shah, 2006. http://www.penerbit.utm.my/cgi- bin/katalog/buku.cgi?id=393. Accesed on 10 Ogos 2010

10 Mac 2010

Peranan Sekolah Untuk Merealisasikan Hasrat FPK

1.0 KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggung jawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.”

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan Negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan Negara. Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidikan ialah satu proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia.

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan, ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti.







2.0 PERANAN SEKOLAH SEBAGAI SATU INSTITUSI FORMAL YANG DAPAT MEREALISASIKAN HASRAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Unsur intelek. Unsur intelek merupakan unsur yang penting untuk melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Murid-murid juga akan sering berusaha untuk memperoleh dan mengembangkan ilmu yang benar. Seterusnya, murid juga berkemahiran untuk berfikir secara kreatif, kritikal dan reflektif dan mereka sanggup untuk berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Unsur rohani. Unsur rohani ini ialah murid-murid sedar dan percaya kepada Tuhan, bersyukur kepada pemberian Tuhan, serta mereka berakhlak mulia dan berpegang kepada nilai-nilai murni.

Unsur emosi. Unsur emosi pula ialah murid-murid dapat mengawal emosi dengan baik serta mempunyai emosi yang matang dan stabil. Mereka juga dipupuk dengan perasaan kasih sayang, contohnya sayang kepada ibu bapa. Mereka juga disemai dengan sifat kekitaan serta perpaduan dalam diri mereka.

Unsur jasmani. Unsur jasmani pula ialah murid-murid akan menyedari tentang kepentingan kesihatan fizikal mereka. Mereka juga dapat mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial. Dan mereka dapat menggunakan kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat.

Sekolah merupakan institusi penting untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani dan sahsiah terpuji. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada. Untuk merealisasikan hasrat FPK, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

Aspek pertama yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting untuk merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai hasratnya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Ini bertepatan dengan elemen FPK iaitu, membentuk rakyat Malaysia yang berketerampilan.


Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan merangsang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Perkara-perkara ini menjurus kepada eleman FPK iaitu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.

Seterusnya, aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama adda dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam kalangan murid-muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan membaca yang berterusan.


Aspek seterusnya ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan seperti pertandingan bercerita boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua, iaitu bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Selain itu, aspek ko-kurikulum juga memainkan peranan penting untuk merealisasikan hasrat FPK. Sekolah perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara bukan formal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak bukan formal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat dalam kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri mereka sendiri.


` Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan bakat dan minat. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan atau kelab dan juga sukan permainan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, pembelajaran dan sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang dalam kalangan murid, memupuk nilai-nilai akhlak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat murid, meningkatkan disiplin dan kepimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah serta menyeronokkan.

Dalam aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid. Selain itu, perhubungan antara guru dan murid juga akan dapat dieratkan.

Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahirkan dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab untuk berkhidmat untuk masyarakat, sejajar dengan elemen FPK iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Secara amnya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa masyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuh integrasi dalam kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai program terancang bagi memperkembangkan bakat, minat, serta kemahiran masing-masing.

Aspek seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting untuk merealisasikan hasrat FPK. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu iaitu insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru perlu menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya dicungkil terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi seorang guru menggerakkan muridnya dengan pelbagai cara seperti menggunakan alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.

Selain itu, guru juga perlu mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang diguna pakai oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya jelas dan padat. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, dan lain-lain dapat menjelaskan lagi konsep yang ingin disampaikan. Guru juga mesti menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan alat bantu mengajar ini.

Guru juga perlu menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan pelbagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran sudah tercapai.

Pendek kata, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan yang berilmu dan bersahsiah tinggi sejajar dengan matlamat FPK. Guru juga memainkan peranan yang amat besar dalam merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangunnya bangsa dan negara pada masa hadapan.

Aspek terakhir untuk merealisasikan hasrat FPK ialah disiplin. Sekolah sebagai agen utama yang bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri, juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati antara satu sama lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan akhlak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi terpenting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin akan menjejaskan tumpuan murid kepada pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan sebuah jawatankuasa menangani masalah disiplin murid peringkat sekolah dengan melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri muridd ke arah kecemerlangan dan kegemilangan seterusnya dapat menggapai hasrat FPK.


Kesimpulannya, berdasarkan semua huraian di atas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam merealisasikan FPK adalah bergantung kepada aspek budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dilahirkan sama ada memenuhi hasrat FPK atau tidak. Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan berkualiti. Merujuk kepada Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006, negara kita berhasrat untuk ”menghasilkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi...perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran global yang sering berubah-ubah”. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

.

07 Mac 2010

Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak

PENGENALAN



Perkembangan ialah perubahan kualitatif yang tidak dapat diukur secara kuantitatif tetapi dapat dilihat daripada sifat baru yang berlainan daripada sifat yang awal. Santrock (2008) mentafsirkan perkembangan sebagai perubahan dalam corak biologi, kognitif dan sosioemosi individu yang bermula daripada peringkat percambahan sehingga ke akhir hayat.


Jadi, perkembangan terbahagi kepada banyak bahagian, iaitu fizikal, kognitif, bahasa, sosio emosi, dan kendiri. Fokus saya pada kali ini ialah terhadap perkembangan kognitif. Dua teori utama dalam perkembangan kognitif yang menjadi fokus saya ialah teori ahli psikologi Switzerland iaitu Jean Piaget dan ahli psikologi Rusia iaitu Lev Vygotsky. Teori-teori ini telah memainkan peranan penting dalam membantu memahami cara kanak-kanak berfikir dan bagaimana guru boleh memainkan peranannya untuk membantu murid mencapai perkembangan kognitif yang optimum.


KONSEP PERKEMBANGAN KOGNITIF



Menurut Haliza Hamzah dan Joy N. Samuel (2008), kemahiran kognitif merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami, mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Ia melibatkan aktiviti mental seperti ingatan, mengkategori, merancang, menaakul, menyelesaikan masalah, mencipta, berimaginasi dan lain-lain. Kemahiran kognitif ini penting untuk kelangsungan hidup bagi seseorang individu.


Pembinaan pemikiran kanak-kanak diberi penekanan untuk perkembangan kognitif kanak-kanak ini. Ia tertumpu kepada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada seterusnya.


Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan,. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan-perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Piaget juga telah mengenalpasti empat faktor yang saling berkait yang boleh mempengaruhi proses pemikiran individu iaitu kematangan biologi, interaksi individu dengan persekitaran, pengalaman sosial dan keseimbangan.


Kematangan biologi merupakan proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka ataupun genetik. Kemudian, interaksi individu dengan persekitaran pula merupakan komunikasi atau interaksi antara individu dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang diperolehi. Seterusnya ialah pengalaman sosial iaitu pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. Faktor terakhir ialah keseimbangan yang merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.



Menurut Vygotsky pula, perkembangan kognitif individu berlaku dalam dua peringkat iaitu, peringkat sosial dan peringkat individu. Pada peringkat sosial, maklumat atau pengetahuan individu diperolehi melalui interaksi individu dengan individu lain yang ada di persekitaran seperti ibu bapa, adik beradik, guru, rakan sebaya, keluarga terdekat dan jiran. Peringkat individu pula ialah kebolehan individu menukar maklumat dan pengetahuan yang diperolehi daripada interaksi sosial kepada kefahaman individu. Maklumat yang diperolehi ini boleh menukar skemata individu.


CIRI-CIRI PERUBAHAN KOGNITIF KANAK-KANAK


Terdapat empat peringkat dalam perkembangan kognitif iaitu peringkat Sensorimotor, peringkat Pra Operasi, peringkat Operasi Konkrit, dan peringkat Operasi Formal, menurut Piaget.


Pada peringkat Sensorimotor iaitu bayi berumur bawah 2 tahun, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang persekitarannya. Pada peringkat ini, bayi akan menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek dan mengkoordinasi mata dan tangan bagi mencapai sesuatu objek. Sebagai contoh, bayi akan memasukkan jari dan merasa puas apabila dapat merasa dan menghisap jarinya. Kepuasan ini akan menyebabkan mereka melakukan perbuatan ini berulang kali. Selain itu, kanak-kanak pada peringkat ini akan mula menunjukkan permulaan pemikiran logik. Sebagai contoh, kanak-kanak ini akan dapat mengatur skema-skema yang mudah dan logik seperti mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup, atau boleh mengambil barang yang jauh.


Seterusnya, pada peringkat Pra operasi iaitu kanak-kanak berumur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak telah mula menggunakan minda bagi membentuk skema-skema baru. Kanak-kanak telah menggambarkan dan merancang pergerakan ataupun aktiviti mereka dengan menggunakan minda untuk membentuk skema. Perubahan yang ditunjukkan oleh kanak-kanak dalam peringkat ini ialah mereka dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu bahasa, isyarat, gambar dan sebagainya. Kanak-kanak menggunakan simbol ini untuk menyatakan sesuatu objek, orang atau peristiwa yang dialami oleh mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak mewakili imej sebenar buku dengan perkataan `buku’ ataupun dengan menggunakan gambar. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak berumur 2-3 tahun boleh menceritakan pengalamannya ataupun peristiwa yang telah berlaku.


Pemikiran kanak-kanak pada peringkat Pra operasi juga bersifat intuitif iaitu pemahaman mereka tentang objek bergantung pada ciri-ciri yang bersifat nyata. Mereka tidak mampu lagi untuk berfikir secara logik dan rasional. Sebagai contoh, sepuluh keping kad sama saiz diletakkan secara dua baris, iaitu lima keping kad setiap baris, dan satu baris dipanjangkan. Kanak-kanak akan mengatakan baris yang lebih panjang tersebut mempunyai lebih kad daripada baris yang pendek, walaupun kedua-dua baris tersebut mempunyai bilangan kad yang serupa.


Pada peringkat ini juga, kanak-kanak telah menunjukkan sifat egosentrik di mana mereka melihat dan memahami persekitaran melalui perspektif mereka sendiri. Kanak-kanak menyangka semua orang mempunyai minat, perspektif, perasaan dan reaksi yang sama dengan mereka, contohnya seorang kanak-kanak yang suka dengan sesuatu siri kartun, mereka akan beranggapan orang lain juga suka dengan siri kartun berkenaan.


Pada peringkat Operasi Konkrit iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun, kanak-kanak ini telah boleh berfikir secara logik walaupun masih terikat dengan situasi konkrit. Pada peringkat ini juga, kanak-kanak sudah boleh menguasai konsep pengekalan. Prinsip asas konsep ini adalah prinsip identiti, prinsip ganti rugi dan prinsip keterbalikan. Prinsip identiti adalah mereka sudah tahu jika tiada penambahan atau pengurangan bilangan objek, maka bilangannya tetap sama walaupun bentuknya berubah. Prinsip ganti rugi pula adalah mereka tahu perubahan dari satu segi akan ditukar oleh perubahan dalam satu aspek yang lain. Manakala, prinsip keterbalikan pula mereka boleh mengulang proses yang berlaku kepada keadaan yang asal kembali. Contohnya, jika air di dalam cawan, dituang ke dalam gelas yang lebih tinggi dan tirus, mereka dapat tahu bahawa kuantiti air tersebut masih sama.


Selain itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga dapat mengkategorikan objek mengikut kumpulan masing-masing. Contohnya, mereka mengelaskan objek mengikut warna, saiz dan sebagainya. Mereka juga boleh melakukan proses menyusun secara bersiri, iaitu susunan secara menaik dan menurun. Sebagai contoh, mereka boleh membuat susunan logik seperti 1<2<3,>2>1.



Seterusnya ialah peringkat Operasi Formal iaitu kanak-kanak berumur 11 tahun ke atas. Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan andaian dan jangkaan berdasarkan fakta. Pemikiran mereka juga tidak lagi bertumpu kepada objek konkrit semata-mata, namun boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis. Sebagai contoh, mereka boleh memberi idea kepada punca kemalangan jalanraya. Selain itu, kanak-kanak sudah boleh berfikir secara abstrak, iaitu menyelesaikan masalah matematik di mana melibatkan perwakilan abstrak. Contohnya, 2y + 3y = 20. apakah nilai y? Mereka juga boleh berfikir secara sistematik, iaitu memberi beberapa kemungkinan penyelesaian. Contohnya, sekiranya anda pergi ke perkhemahan, anda membawa 4 helai t-shirt, 4 helai seluar track dan 4 helai jaket, berapa kombinasi pakaian yang akan anda perolehi? Selain itu, kanak-kanak juga telah berupaya untuk melakukan hipotesis dan mencari alternatif untuk menyelesaikan masalah. Mereka sudah boleh menaakul secara induktif dan deduktif. Pemikiran secara induktif merupakan berfikir aspek yang khusus kepada yang lebih umum. Contohnya, mereka dapat memberikan kesan pencemaran sungai pada masa akan datang berdasarkan pencemaran sungai yang ada pada masa sekarang.


Seterusnya, pada peringkat ini juga, egosentrik remaja juga telah timbul. Mereka lebih fokus kepada idea dan pemikiran mereka sendiri dan susah menerima pendapat orang lain.


CARA-CARA GURU MEMBANTU MURID MENCAPAI PERKEMBANGAN KOGNITIF YANG OPTIMUM



Sebagai seorang guru, kita mestilah membantu murid agar dapat mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang pengajarannya agar dapat merealisasikan hasrat ini.


Guru mestilah menggunakan bahan bantu mengajar yang konkrit untuk memudahkan pemahaman murid. Sebagai contoh, jika murid diajar kemahiran menambah dan menolak, guru boleh menggunakan bahan-bahan konkrit yang berada di sekelilingnya seperti ranting kayu, batu, daun, dan lain-lain. Pendekatan ini sesuai untuk kanak-kanak pada peringkat Pra operasi, iaitu berumur 2 hingga 7 tahun. Selain itu, guru boleh menggunakan bahan konkrit sebagai bahan bantu mengajar dalam mempelajari kemahiran yang baru. Bahan-bahan ini mestilah menarik dan bersesuaian dengan pelajaran yang ingin diajarkan kepada kanak-kanak. Sebagai contoh, guru boleh menggunakan model-model tiga dimensi seperti haiwan, tumbuhan mainan untuk mewakili objek yang dipelajari oleh mereka. Pendekatan ini boleh dipraktikkan untuk kanak-kanak di peringkat operasi konkrit, iaitu kanak-kanak berumur 7 hingga 11 tahun.


Seterusnya, guru harus memberi arahan dengan menggunakan ayat yang pendek dan disertai dengan contoh agar mudah difahami oleh murid. Contohnya, arahan untuk murid mengutip sampah yang berada disekeliling mereka, diberi dengan menggunakan ayat mudah dan jelas. Arahan yang pendek serta jelas ini akan memudahkan murid untuk menuruti dan mengikuti kehendak guru.


Selain itu, guru juga patut memberi peluang kepada murid melakukan `hands-on’ terhadap sesuatu kemahiran. Sebagai contoh, murid diberi peluang untuk membentuk perkataan daripada potongan-potongan huruf. Dengan kaedah atau cara ini, murid akan dapat meningkatkan lagi keyakinan terhadap diri mereka.


Guru juga boleh menyediakan pengalaman pembelajaran yang pelbagai. Kanak-kanak tidak semestinya belajar dalam bilik darjah sahaja. Berikan mereka peluang untuk merasa sendiri pengalaman di luar bilik darjah untuk memperkaya ingatan dan fikiran mereka kepada flora dan fauna. Contohnya, guru membuat lawatan ke Zoo Negara, taman yang berada di sekolah, dan sebagainya. Menerusi pengalaman ini, mereka akan dapat membuka minda mereka dan dapat menikmati sendiri pengalaman tersebut.


Selain itu, murid-murid akan lebih menumpukan perhatian kepada pengajaran guru jika dikaitkan dengan pengalaman mereka sendiri. Jadi, guru boleh mengaitkan pengalaman mereka seperti pengalaman bercuti di kampung dengan pengajaran. Pengalaman ini amat membantu kanak-kanak untuk memahami perkara yang lebih kompleks. Ini bertepatan dengan teori Lev Vygotsky iaitu kaitkan pengajaran dan kehidupan seharian kanak-kanak serta pengaplikasian pengetahuan kanak-kanak kepada pengalaman mereka yang sebenar.


Guru juga seharusnya memberi peluang kepada murid-murid agar dapat memanipulasi dan menguji objek-objek yang diajarkan kepadanya. Berilah mereka peluang untuk mencuba sendiri kemahiran yang dipelajari agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif di bawah bimbingan guru. Contohnya, membuat eksperimen dalam subjek sains tentang keperluan cahaya matahari untuk melakukan proses fotosintesis tumbuhan. Dengan memberi mereka peluang untuk melakukan eksperimen, murid-murid akan lebih faham dengan apa yang dipelajarinya dan lebih mengetahui perkara tersebut berdasarkan pengalamannya tadi.


Seterusnya, murid-murid juga seharusnya diberi pembacaan dan pembentangan yang ringkas dan tersusun. Pembacaan dan pembentangan ini akan meningkatkan keupayaan berbahasa mereka ke arah yang lebih baik. Guru juga mesti memberi peluang kepada murid-murid untuk melahirkankan ideanya sendiri. Contohnya, berikan mereka buku-buku yang mudah untuk dibaca, iaitu buku yang mempunyai ayat-ayat mudah, kemudian beransur kepada yang lebih kompleks. Kanak-kanak juga bebas untuk memberikan pandangannya sendiri. Kemudian, guru membimbing kanak-kanak untuk membentangkan idea-idea mereka dengan langkah-langkah mudah.



Guru boleh menggunakan bahan yang konkrit untuk menggambarkan sesuatu konsep yang lebih kompleks untuk kanak-kanak pada peringkat operasi formal. Contohnya, penggunaan bahan tiga dimensi, carta, rajah, gambar, jadual, dan pengalaman murid sendiri sebagai alternatif untuk mengajar sesuatu yang lebih sukar. Dengan penggunaan bahan-bahan tersebut, murid-murid dapat membayangkan perkara yang diajar oleh guru serta dapat memahami perkara yang kompleks dengan lebih mudah.

Selain itu, guru mestilah memberi lebih banyak peluang kepada pelajar untuk mencari alternatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mereka juga boleh membuat hipotesis daripada hasil pembelajaran mereka tersebut. Guru juga mesti membimbing mereka untuk mencari jalan penyelesaian, agar mereka dapat berfikir secara kritis dan kreatif.


Guru juga boleh mengemukakan konsep yang luas. Bimbing pelajar untuk meneroka serta mengkaji konsep tersebut. Guru mesti menerima pendapat pelajar dan bimbing mereka agar menerima pandangan orang lain. Dengan cara ini, pemikiran pelajar akan lebih terbuka dan tidak hanya bertumpu kepada fakta semata-mata. Mereka juga dapat mempelajari menerima pandangan orang lain jika pendapat orang tersebut adalah benar.


Kesimpulannya, guru memainkan peranan yang penting kepada kanak-kanak dalam mencapai perkembangan kognitif yang optimum. Jadi, guru mestilah merancang aktiviti untuk murid-murid dengan efektif sebagaimana yang telah disarankan. Selain itu, guru perlulah membimbing murid-murid dengan sebaiknya untuk mencapai perkembangan kognitif ini. Tahap pemikiran murid mungkin berbeza-beza, jadi guru perlulah cakna dengan perkembangan kognitif murid untuk merealisasikan hasrat ini.


28 Februari 2010

Lirik Lagu Beast and the Harlot oleh Avenged Sevenfold

Beast and the Harlot

This shining city built of gold, a far cry from innocence
There’s more than meets the eye round here look to the waters of the deep.
A city of evil
There sat a seven-headed beast, ten horns raised from his head
Symbolic woman sits on his thrown but hatred strips her and leaves her naked.
The Beast and the Harlot

She’s a dwelling place for demons, she’s a cage for every unclean spirit every filthy bird
and makes us drink the poisoned wine to fornicating with our kings.
Fallen now is Babylon the Great.

The city dressed in jewels and gold, fine linen, Myrrh and pearls
Her plagues will come all at once as her mourners watch her burn.
Destroyed in an hour
Merchants and captains of the world, sailors navigators too
Will weep and mourn this loss with her sins piled to the sky
The Beast and the Harlot.

The day has come for all us sinners, if your not a servant you’ll be struck to the ground.
Flee the burning, greedy city looking back on her to see there’s nothin’ around.
I don’t believe in fairytales and no one wants to go to Hell, but we made the wrong decision
and it’s easy to see. Now if you wanna serve above or be a king below with us your
welcome to the city where your future is set forever.

27 Februari 2010

Kegilaan Terhadap Muzik

Salam semua. Hari ni aku nak cerita la kepada kome, tentang diri aku yg terlalu sukakan muzik. Aku suke muzik sampai aku sndirik tak tau nk ckp macam mane. Kt bwh ni aku tunjuk kat kome gambo gitar aku yg aku beli awal tahun ni, tp secondhand je. Yamaha EG112.



Tiap2 hari aku duk main gitar ni. Cucuk kt kibod sbb aku x bli amplifier lg. hehehe. Sound gitar ni pon agak lunak, tp sygnye 'fret' die haus sket. Jd, kdg2 ade tmpat yg aku men, sumbang sket bunyi die. Tp, ok la gak, sbb gitar ni dah berjasa kat aku. 1st, mase show kt SIC Kota Bharu. dan 2nd, battle of the band kt USM Kubang Kerian. Jd, aku syg sgt kt gitar ni. Kalo ade org nk bli, maybe aku xkan jual walaupon aku ade gitar lain. Tak lengkap lak rasenye kalo ade gtar elektrik tp xde effect. Jd aku ambik keputusan beli effect Behringer Ultra Metal seperti kt bwh ni


Effect ni boleh tahan kualiti sound die. Kalo men ngn amp, mmg sedap. Tp, aku cucuk kt keyboard je. Takde duit lg nk beli amp, bese la blajo lg. Effect ni pon da berjasa ngn aku sbb show SIC ngn Battle USM aritu.


Citer sal kibod lak. Kibod ni aku bli mase masok IPG ni. Aku amek opsyen BM/PJ/MUZIK, so, aku wajib beli kibod Casio yg berharga RM800 ni. Walaupon aku tak pandai sgt men kibod, tp, aku blajo la sket2 mase dlm kelas. Kibod ni aku x pernah lg bwk balik umh lg sbb beso sgt. Dah la aku balik naik bas, xkn nk angkut nek bas.


Ok, cukuplah citer sal kibod, aku nk citer sal rekorder lak. Aku bli rekorder ni skali ngn kibod. Aku blajo rekorder ni ngan Hj Ghani yg terkenal dgn kegarangannye mase mengajor. aku igt lagi, aku kene marah ngan die sbb salah tiup. Bengang gak rase, tp, nk wat cmne, die adalah cikgu/lecturer aku, so aku kene terime jelah. Ni la gambor rekorder aku tu:



Ok la. Tulah cerite aku pasal kegilaan terhadap muzik. Setakat ni, ni jelah alat muzik yg aku ade. Kalo aku rase nk beli lg nnt, aku belilah. Aku nk wt studio dlm umah aku nnt. Baru mengamuk bapak aku. Hahaha.

26 Februari 2010

Musim Assignment....

Musim assignment tibe lg... Sume assignment dh dpt.. Ade 7 sume.. aku jd pening.. hahaha... mcm malas nk wt pon ade gak.. bese la... aku baru lpas wt Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran td... fuhh pnat pikir, mcm nk pcah kepale... naseb bek ade geng wt same... aku ngn apih... balik kpd citer assignment, aku xtau nk mulekn camne... asigment b.i kene wat essay,.. nk wt pendahuluan pon aku dh pening..(mklumla..amek opsyen bm) hehehe...xpndai sgt b.i... tp... kene wat jgk.. kalo x wt kang xdpt markah... kene anto minggu dpan ari kamis..... tu pon nseb bek lecturer dh tangguh tarikh anto.. kalo x, minngu ni dh kene anto.. x ke naya aku.. cam assignment len.. xla pning sgt kot... aku tgk member2 dh wat.. tp aku bile lg?? mls giler nk wat... yg aku tau, men gitar, jaming,... tu jelah... nk wat cane... dah minat... emmmmm... k la stakat tu je dulu coretan aku... besela...baru je wt blog..xpndai lg nk becerita...hahahaa...k bye....